Hanya dengan kentang, macam-macam resipi boleh buat

Hanya dengan kentang, macam-macam resipi boleh buat
Hanya dengan kentang, macam-macam resipi boleh buat
A
A
A

DUDUK di rumah sementara tempoh kawalan pergerakan ini kita kenalah berjimat dengan bahan dapur. Jika setiap hari masak yang mewah, lama-kelamaan nanti akan habis juga.

Oleh itu, Sinar Plus kongsikan empat resipi pasti sedap dengan menggunakan bahan asas iaitu kentang. Mudah dan murah.

1. Jejari kentang rangup

Bahan-bahan:

6 biji kentang

Lobak merah

Daun ketumbar

1/4 cawan keju parmesan

1/2 cawan tepung jagung

Garam

Serbuk roti

Hanya dengan kentang, macam-macam resipi boleh buat

Cara-cara:

1.Buang kulit kentang dan rebus sehingga lembut

2.Toskan air rebusan kentang dan asingkan kentang pada bekas yang lain. Kemudian, lenyekkan kentang itu dengan sempurna.

3.Potong dadu lobak merah dan campurkan pada kentang yang sudah dilenyekkan tadi.

4.Selepas itu, masukkan hirisan daun ketumbar.

5.Setelah itu, masukkan pula 1/4 cawan keju parmesan dan 1/2 tepung jagung serta sedikit garam

6.Gaul rata kesemua bahan tadi

7.Setelah itu bentukkan campuran semua bahan dengan bentuk jejari dan salutkan dengan serbuk roti.

8.Kini ianya sedia untuk digoreng dan dinikmati.

2.Homemade Potato Wedges

Bahan-bahan

5 biji kentang

1 kiub pati ayam

Tepung goreng serbaguna

Hanya dengan kentang, macam-macam resipi boleh buat

Cara-cara

1. Kupas dan cuci kentang dengan bersih. Kemudian potong kentang dengan bentuk wedges.

2. Rebus kentang bersama kiub pati ayam dan sedikit garam. Pastikan air rebusan tidak terlalu banyak.

3. Setelah siap kentang direbus, salutkan dengan tepung goreng serbaguna dan perapkan selama 15 minit.

4.Setelah itu, boleh digoreng dan dinikmati bersama sos. Pun boleh kenyang!

3.Cucur Kentang.

Bahan-bahan

2 biji ubi kentang (potong dadu)

1 biji bawang besar (potong dadu)

Taugeh

Kucai

Daun bawang

4 sudu tepung gandum

1 biji telur

Serbuk cili

Serbuk kunyit

Garam

Kiub ikan bilis

Baking powder

Sedikit air

Hanya dengan kentang, macam-macam resipi boleh buat

Cara-cara

1.Campurkan kesemua bahan di atas kecuali baking powder dan gaul rata.

2.Setelah siap digaul masukkan baking powder dan biarkan seketika.

3.Kemudian, goreng sehingga warna keemasan dan sedia untuk dimakan.

Jadi inilah antara resipi sedap dan mudah dengan budget yang murah. Selamat mencuba!

Penulis- SUHAILA ALI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca