Pemilik pitbull serang wanita hingga parah kena denda hanya RM2,000, ini komen Animal Malaysia

Iklan
Untitled design - 2020-08-07T081203.621

SETELAH seorang wanita cedera parah akibat diserang anjing jenis pitbull dalam kejadian di Taman Tanjung Minyak Melaka, akhirnya pemilik haiwan berkenaan sudahpun dikenakan hukuman.

Setelah hampir sebulan dikecam warganet kerana gagal menjaga haiwan peliharaannya itu hingga terlepas dan mencederakan mangsa, pemilik anjing terbabit, Liew Sea Hai, akhirnya dituduh bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, pagi semalam.

Iklan
Iklan

Dia mengaku bersalah dan Majistret menjatuhkan hukuman denda maksima sebanyak RM2,000, setelah dengan cuai menyebabkan haiwan peliharaannya itu mencederakan Purba Evita Kristina, 23.

Kejadian berlaku di hadapan rumah Nombor 5, Jalan Marikh 8, Taman Tanjung Minyak Perdana, di sini kira-kira jam 9.30 malam pada 27 Julai lalu, berdasarkan pertuduhan yang dibacakan.

Iklan

Begitupun sebagai badan bukan kerajaan yang dekat menjaga kebajikan haiwan dan masyarakat di sekeliling makhluk itu, ini komen Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association atau Animal Malaysia:

"LIEW SEA HAI, PEMILIK PITBULL MENGAKU BERSALAH. KENA RM2,000 SAJA. INI TIDAK ADIL. ANIMAL MALAYSIA AKAN BUAT RAYUAN. JOM RAMAI-RAMAI BANTU.

Iklan

Seksyen 289 Kanun Keseksaan adalah undang-undang yang lemah. Majistret tiada pilihan. Bukan tanggungjawab Majistret. Ia adalah tanggungjawab kerajaan. Membina undang-undang tegas dan mendidik adalah tanggungjawab kerajaan.

Untuk membolehkan Animal Malaysia buat kerja - Merayu Hukuman lebih tinggi dan memulakan gerak kerja meminda Seksyen 289 KK bagi jenayah cuai menjaga haiwan, mari sama-sama keluar kos. Mencari dan mencipta kebahagiaan tiada yang percuma dan Animal Malaysia perlu pembiayaan," kongsi Animal Malaysia di laman Facebook rasminya, susulan hukuman dikenakan.

Artikel berkaitan: Anjing pitbull serang wanita hingga parah sudah ditangkap, tapi ramai pula yang kasihan…

Wanita trauma jadi mangsa serangan anjing dilawati, tabung bantuan dilancar

[VIDEO] Abang Kucing cari wanita parah diserang anjing, pemilik turut dijejaki

Rupanya, mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan, hukuman boleh dikenakan dipenjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan ya...

Semasa pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Sea Hai, 43, yang bekerja sebagai nelayan dah memang mengaku bersalah.

Peguamnya pula, Surendran Chelvarajah, memohon mahkamah mengurangkan hukuman kerana menyesali kejadian terbabit.

Katanya, anjing OKS (orang kena saman) juga sudah dirantai, tetapi kecuaiannya pada hari kejadian adalah membiarkan pagar rumah itu terbuka.

"Ketika kejadian, rantai besi yang mengikat anjing terputus menyebabkan ia lari keluar daripada rumah disewanya," katanya. Pulak...

Begitupun, Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman, memohon hukuman berat kerana kes berkenaan sudah tular dan perlu menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Mohamad Izwan kemudian menetapkan denda maksimum RM2,000, manakala penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Apa nasib anjing tu?

Mahkamah mengarahkan anjing terbabit diserahkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah untuk tindakan susulan.

Terdahulu mangsa yang terpaksa menggunakan tangannya untuk mempertahankan diri daripada terus diserang haiwan terbabit yang menggigitnya cedera parah terpaksa dirawat di hospital.

Wanita terbabit mengalami kecederaan di tangan dan kaki. -AG

[caption id="attachment_16487" width="1024"] Pihak Animal Malaysia ketika melawat mangsa di hospital.[/caption]