Anjing pitbull serang wanita hingga parah sudah ditangkap, tapi ramai pula yang kasihan…

August 4, 2020
Azimah

ANJING jenis pitbull yang menyerang seorang wanita hingga mengalami kecederaan parah pada 27 Julai lalu, di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka, sudah ditemukan.

Hal itu dimaklumkan sendiri Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) atau Animal Malaysia dalam laman Facebook rasminya semalam.

Arie ketika melawat tempat anjing pitbull berkenaan yang sudahpun ditangkap.

 

“Inilah pitbull anjing yang menyerang wanita bernama Kristina hingga parah.

Anjing ini kini dalam tahanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka untuk siasatan dan pemeriksaan penyakit.

Pada 30 Julai 2020 Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika melawat dan menjenguk keberadaan anjing pitbull di DVS Melaka pada hari kedua selepas kejadian serangan untuk melihat keadaannya. Diakui anjing pitbull ini mempunyai sifat garang dan bengis.

Seluruh masyarakat pencinta haiwan menunggu keputusan sama ada nasib anjing ini bakal dilupuskan atau dijadikan guard dog?

Orang ramai yang mahu menjadi penanggungjawab anjing pitbull boleh berhubung dan memohon dengan DVS Negeri Melaka untuk pertimbangan,” kongsi pihak Animal Malaysia.

Kristina yang cedera parah akibat kejadian.

Artikel berkaitan: Wanita trauma jadi mangsa serangan anjing dilawati, tabung bantuan dilancar

[VIDEO] Abang Kucing cari wanita parah diserang anjing, pemilik turut dijejaki

Antara komen warganet:

slh owner, anjing yg jd mangsa💁🏻‍♀️ haiwan ni biarlah haram ke tak haram ke dia tetap makhluk tuhan jgk. dia bkn nya tau pape. tuhan yg cipta sifatnya begitu. dah tau anjing tu sifatnya mcmtu, kenapa tak berjaga2 kan?😒 harap tak dilupuskan. NO AGREED!

elok jadi guard dog,sbb ad ciri ii tegas..boleh laa train..walaupun anjing tapi haiwan juga kan..kasihanilah

Kesian jgnnlh lupus…bg latihan mcm ceasar pelatih anjing..klu anjing jrg terlepas atau tk pernah terlepas mudah menjadi garang..anjing tu kdg2 naluri dia kita tk tau..adakalanya betul adakalanya tidak klu ada sesuatu tidak kena..tolong saya merayu jgn lupus..

Tolong jgan bunuh haiwan tu..haiwan tu x besar..yg bersalah tuan ye..tuan yg patut di persalah Kan..cube tgk muke haiwan tu…kesian..npe muke owner xade yee

Cara dier ddk mohon maaf..😔😔beri dier peluang.Plz give him chance to survive 🙏🙏go for training should be good dog ..

Jgn bunuh anjing ni kesian.dia x tau apa2

Kalau tidak bepenyakit tolong jangan bunuh. Bagi balik pada tuannya. Ingatkn kat tuan rumah pastikan anjing ni dikurung dlm pagar jangan dilepaskn. Jika masih ingkar bagi tindakan dekat tuan rumah tu..Haiwan juga ada tuhan, haiwan juga ada hati. 🙏🙏tq..

Semoga Awak di lindungi dan di ambil bela oleh malaikat yang baik dan tuannya semoga menyerah diri dengan segera In Shaa Allah

Klu haiwan itu d bunuh..tuan dia Pu patu di hukum jgk masuk penjara satu tahun

Ramai pula yang jatuh kasihan pada haiwan berkenaan dan berharap hanya pemilik yang sepatutnya dikenakan tindakan.

Apa pun di ruangan komen posting Animal Malaysia ramai pula yang jatuh kasihan pada haiwan itu. Kebanyakannya berharap agar pemilik haiwan berkenaan segera didakwa dan dikenakan tindakan tegas.

ABANG KUCING CARI PEMILIK ANJING SERANG WANITA HINGGA PARAHInsiden serangan anjing berpemilik terhadap orang awam kini semakin menjadi-jadi. Mangsa terbaharu iaitu seorang wanita diserang anjing berpemilik di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka bukan perkara ringan dan tidak boleh diambil mudah. Ia mampu mengancam nyawa malah membunuh.Mangsa serta masyarakat di tempat kejadian perlu serah pemilik dan anjing untuk mendapat keadilan. Kerajaan cukup Undang-undang untuk tangani insiden ini termasuk mengheret Pemilik Anjing ke Mahkamah dan mendakwa pemilik yang bodoh, cuai dan tidak berakal. Manakala anjing ganas yang membahayakan dan memudaratkan perlu ditangkap, dikurung dan ditangani secara selamat megikut undang-undang.Mencintai haiwan tetapi menzalimi pihak lain – Ini bukanlah Pencinta Haiwan.Mangsa serangan Anjing serta Ketua Masyarakat Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka diminta tidak sembunyikan pemilik. Hubungi Abang Kucing (AK) di talian 0127413497 untuk uruskan hal serangan dan keadilan terhadap mangsa yang parah.Disebabkan pemilik dan penanggungjawab anjing yang tidak beretika. Ia bakal memberi persepsi buruk terhadap keseluruhan anjing yang dikhuatiri ganas dan menyerang.#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Tuesday, 28 July 2020

Moga tidak dilupakan juga agar ada keadilan buat wanita yang parah menjadi mangsa gigitan anjing itu. -AG #janganputusasamalaysia