Baked macaroni bebola daging dengan keju leleh mudah bikin, menggamit selera

Iklan
Untitled design - 2020-08-12T135901.526

SEDAPNYA baked macaroni dengan bebola daging ni. Apalagi kejunya yang lemak berkrim itu... bayangkanlah ia dinikmati ketika masih panas-panas.

Jika bebola daging dimakan begitu saja pun sudah digemari oleh ramai dalam kalangan kita, apatah lagi bila diadun dengan pelbagai rasa dan warna sayuran yang menambah ceria.

Iklan
Iklan

Sekali-sekala cubalah masakan ini pada hari-hari istimewa. Sudah tentu dapat memberikan pilihan kelainan berbanding makanan ruji yang sering dimakan sehari-hari.

Bagi peminat keju yang bikin sendiri juadah ini, letaklah sebanyak mana keju yang diingini, pasti puas hati...

Iklan

[caption id="attachment_17543" width="1024"] Bahan-bahannya.[/caption]

Iklan

Baked macaroni with meatball

Creamy sauce:

1 cawan susu segar

2 sudu besar buttercup/marjerin

1 sudu besar tepung gandum

** dimasak atas api yang kecil hingga sedikit pekat. Ketepikan.

Makaroni:

1 cawan makaroni, direndam dalam 30 minit sebelum direbus. Rebus hingga empuk dgn sedikit garam & minyak

1 bungkus bebola daging. Terpulang nak guna banyak mana. Basuh, toskan dan goreng bersama minyak hingga garing.

1 labu bawang merah, dicincang halus

2 ulas bawang putih, dihentak & dicincang halus

** tumis kedua bahan tersebut hingga naik bau, jangan hangus.

1 cawan daging hancur/ kisar ke dalam tumisan bawang-bawang tadi. Letak 1 sudu kecil lada hitam yang dikisar halus dan garam secukupnya . Kalau nak pedas letak black pepper lebih takpe.

1 batang carrot dan lada benggala hijau, dipotong dadu. Masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Kacau rata dan masak hingga air daging tadi sedikit kering.

Masukkan 1 tin sos Prego 300gram ke dalam bahan-bahan tadi, diikuti dengan bebola daging yang telah kita gorengkan tadi. Masak lagi hingga kuah mendidih.

Dah mendidih... masukkan makaroni yang telah direbus dan kacau rata. Matikan api

Turn on oven, panaskan dalam 10 minit dengan suhu 170.

Artikel berkaitan: Ayam goreng cheese Korea, sedap dimakan ‘tarik-tarik’

Susun bebola daging ke dalam aluminium foil. Kutip la bebola tadi tu dulu. Lepas tu ceduk pula makaroni. Curah dengan creamy sos yang mula-mula kita buat tadi.

Dah tu, tabur la mozarela cheese sebanyak yang korang suka. Kalau nak pedas, add on cili hiris kat atas tu. Then bakar selama 20 minit atau hingga cheese mencair.

Apa pun selamat mencuba. Ubahlah ikut kreativiti dan selera tekak masing-masing.

Kredit: Ain Kamis