NAK pergi ke negara Korea untuk menikmati hidangannya tak tahu pula bila akan dapat menjejakkan kaki ke situ. Akan tetapi, dengan sedikit usaha pasti dapat merasa biarpun tanpa terbang ke sana.

Makan hidangan ayam goreng sememangnya sedap. Apatah lagi ramuannya membangkitkan selera. Jika korang seorang penggemar juadah berasaskan ayam goreng, apa kata cuba resipi ini.

Dengan sentuhan campuran keju, pastinya menambah rasa lemak berkrim, hingga tak cukup hanya dimakan seketul. Mahukan kelainan, bolehlah cuba menu ala Korea ini.

Resipi Ayam Goreng Cheese Korea

Ramuannya

Bahan-bahan perapan ayam:
6 ketul ayam sederhana besar (isi ayam pun boleh)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 sudu besar serbuk kari ayam (tak letak pun tak apa)
1 senduk kecil tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Bahan bahan sos:
1-2 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu besar cili boh (atau serbuk cili babas)
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar madu
1-2 sudu besar gula perang
2 cawan minyak masak
2 sudu besar bijan (disangai sekejap)

Lain-lain bahan
1 cawan mozarella cheese

Langkah-langkahnya: 

1. Perapkan ayam dengan bahan tumbuk, serbuk kari dan garam. Biarkan dalam 30 minit.

2. Pecahkan telur ke dalam perapan ayam tadi. Kemudian masukkan tepung jagung dan serbuk cili babas dan gaul rata semua ayam.

Iklan

3. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.

4. Dalam kuali lain tumiskan bawang putih dan cili boh (nak lagi pedas guna serbuk cili pun boleh) hingga kekuningan. Masukkan sos cili, madu dan gula perang. Gaul sebati. Masukkan bijan.

5. Panaskan minyak dan goreng sekali lagi sekali hingga masak dan garing. Kemudian masukkan dalam sos tadi dan gaul hingga rata.

6. Panaskan pan dan masak mozarella cheese hingga betul-betul cair. Bila dah cair ambil ayam goreng bersos tadi, tarik cheese dan cepat-cepat salut dengan ayam tadi. Pusing je ayam sampai bersalut semua. Buat satu-satu sampai habis ayam tadi.

Iklan

Boleh terus makan semasa keju masih lembut dan boleh ditarik-tarik. Pergh!

Selamat mencuba:

Kredit: Nor Zahida Aini