Resipi gulai ayam Siam, cipta kelainan rasa

Iklan
Untitled design - 2020-08-13T163559.496

SELALU makan gulai biasa, apa kata kali ini cuba masak gulai ala dari negara jiran pula. Bahan-bahannya pun tak 'lari' jauh daripada kita.

Cuma ada sedikit kelainan hingga mampu mengubah rasa. Jika diperhatikan sekali lalu, bahan-bahannya hampir sama seperti penyediaan nak buat paprik ayam, cuma resipi ini tidak diletakkan santan.

Iklan
Iklan

Dalam perkongsian resipi ini yang sudah tular dengan lebih 7.5k sejak hantarannya kelmarin, ada juga yang memberi komen rasanya seperti masak merah, cuma tambah belacan. Macam mana tu?

Ha... unik kan? Jom lihat perkongsian resipi ni:

Iklan

 

Resipi gulai ayam Siam

Iklan

Bahan-bahan kisar:

Bawang merah

Bawang putih

Kunyit hidup

Serai

Lengkuas

Cili merah besar

Cili padi

Cili kering (rebus + tos)

Belacan

Halia

Bahan-bahan lain:

1 ekor ayam

Sedikit minyak

Serai diketuk

Daun limau purut

Gula merah

Asam keping

Santan

Garam

#Semua bahan-bahan tu agak-agaklah ya

Artikel berkaitan: Ayam goreng cheese Korea, sedap dimakan ‘tarik-tarik’

Cara membuatnya:

1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak.

2. Kemudian masukkan asam keping.

3. Masukkan ayam dan santan.

4. Ketuk serai dan masukkan dalam periuk.

5. Masukkan daun limau purut dan gula merah.

Reneh sampai masak.

Selamat mencuba!

Kredit: Resepi Masakan