Cara lihat tahap asid atau alkali tanah tanpa alat pengukur pH, hanya guna kunyit hidup!

Iklan
Untitled design - 2020-08-26T162431.531

SEKARANG ini memang dah banyak kesedaran dalam kalangan orang kita untuk bercucuk tanam. Selain boleh menyihatkan badan untuk mengeluarkan peluh, dapat juga mengisi masa terluang dengan kegiatan yang berfaedah.

Bagi yang biasa berkebun, pastinya maklum banyak peralatan yang harus digunakan termasuklah penggunaan alat pengukur keasidan tanah atau pH.

Iklan
Iklan

Pada yang nak mula berkebun di tahap 'biasa-biasa', tidak perlulah sampai nak beli macam-macam alat termasuklah penyukat pH.

[caption id="attachment_18776" width="1024"] Alat penyukat pH yang biasa digunakan.[/caption]

Iklan

 

Artikel berkaitan: Mudahnya berkebun tanpa tanah, pakai pun botol terbuang je…

Iklan

Bagi yang 'malas' hendak membeli alat ini barangkali boleh gunakan cara mengukur pH dengan kaedah menggunakan bahan semula jadi, seperti yang dikongsikan lelaki ini di sebuah page bercucuk tanam:

SEDIKIT INFO YANG SANGAT BERGUNA YANG DAPAT SAYA KONGSIKAN BERSAMA WARGA KEBUNKU DUNIAKU. CARA MENGUKUR"pH" TANAH TANPA MENGUNAKAN ALAT PENGUKUR"pH"

"Bahan yang diperlukan hanyalah kunyit hidup"

Cara-caranya:

- Potong seruas kunyit hidup menjadi dua bahagian

- Basahkan dengan air pada tanah yang hendak diukur tersebut

- Letakkan kunyit yang telah dipotong tersebut pada tanah basah dengan permukaan dipotong berada dalam tanah

- Tunggu sehingga 30 minit

Penentuan:

Setelah 30 minit keluarkan kunyit tersebut dan penentuan adalah seperti berikut;

- Jika bahagian kunyit yang dipotong tadi pudar, bermakna tanah kita masam atau berasid

- Jika warna tetap cerah, tanah tersebut neutral

- Jika warna kunyit bertukar kebiruan, tanah tersebut beralkali

Selamat mencuba!

Kredit: Syam Rahman