SEBELUM ini ramai yang beralasan rumah tiada tanah menyebabkan tak boleh bercucuk tanam. Begitupun, Roslan Sidek dari Sungai Petani, Kedah ini membuktikan alasan berkenaan tidak boleh digunapakai lagi.

Apa tidaknya, beliau berjaya membuktikan ‘bercucuk tanam’ di dalam bekas pun boleh dengan konsep hidroponik.

Menariknya, hasil tanamannya juga kelihatan segar bugar, malah lebih bersih tanpa bekas tanah seperti kelaziman.

Bahan yang diperlukan ialah sebarang botol yang boleh dikitar semula seperti bekas sambun atau botol minyak masak. Selain itu menurut pesara Felda berusia 63 tahun itu, media tanaman yang diperlukan adalah seperti tisu atau kapas dan seumpamanya.

“Caranya mudah, hanya gunakan cawan polisterina sebagai bekas untuk menanam dan pastinya ia tidak terbalik. Di bawah bekas itu pula diisi air yang diletakkan baja. Simple!

“Antara tumbuhan boleh ditanam ialah sayuran seperti serai, kailan, kucai, sawi, daun kesum dan sebagainya. Jadi, tiada alasan tak boleh tanam, saya dah buktikannya,” katanya kepada SinarPlus.

Menurutnya lagi sekali-sekala, tumbuhan ditanam boleh diletakkan di bawah cahaya matahari seperti di balkoni dan tepi rumah.

Ramai bertanya

Memulakan projek semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, menurutnya yang ada masa terluang tak ke mana ketika itu diisi dengan buat projek mini hidroponik itu.

“Saya buat untuk atasi masalah tak boleh ke pasar dan bekalan sayur terputus dan sebagainya. Begitulah ceritanya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan ramai yang bertanya kaedah dirinya menanam sayur dalam bekas terbuang.

Justeru beliau memuatnaik posting berkenaan dari awal hingga berhasil.

Iklan

“Jom manfaatkan barang terbuang. Sayur apa sahaja ikut mood anda.

“Kita share inovasi simple ini utk dapor kita. Hendak seribu daya…dont ever give excuses. Jangan asyik beri alasan…,” ungkapnya.

Berikut langkah yang dikongsikan oleh Roslan: 

Iklan
Langkah 4.

Tali bertindak sebagai sumbu sedut air agar lembapkan bahagian peatmost atas tu dan bantu andai kita terleka. Air turun ke paras bawah.

Bekas kitar semula yang boleh digunakan. Tanah boleh digunakan apa saja, sabut hancur, tisu, span pun boleh digunakan…

Hasilnya.

Selamat mencuba! -AG #janganputusasamalaysia