SEBUT sahaja masakan kari, pasti penggemarnya sudah tersenyum lebar.
Masakan kari adalah sejenis masakan ayam berkuah dan biasanya dihidangkan bersama nasi putih.
Selain senang dimasak, ia boleh menggunakan pelbagai menu seperti ayam, ikan, daging, sotong, udang dan sebagainya.
Kali ini SinarPlus kongsikan resipi kari ayam tanpa santan yang pekat dan padu. Yang penting ia sangat mudah dimasak serta cepat.
Selain dijamah dengan nasi putih panas, ia juga enak dicicah bersama cekodok atau jemput-jemput serta pelbagai jenis roti.
Mari cuba!
Bahan-bahan:
- 5-8 Ketul Ayam
- 1 Biji Bawang Besar (tumbuk)
- 4 Ulas Bawang Putih (tumbuk)
- 1/2 Inci Halia (tumbuk)
- 2 tangkai daun kari
- 1 Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga
- 5 Sudu Besar Serbuk Kari (Campurkan dengan sedikit air)
- 2 Cawan Air
- 1/2 Biji Kentang
- Garam dan Gula
- 1 Sudu Besar Sos Tiram
- Sedikit Air Asam Jawa
Cara-caranya:
1. Panaskan tiga sudu besar minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk bawang putih,bawang besar, halia, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau
bersama daun kari.
2. Masukkan serbuk kari (Babas atau sebagainya) yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyaknya.
3. Masukkan ayam, kacau dan biarkan seketika.
4. Masukan dua cawan air dan kentang. Perasakan juga dengan garam serta gula.
5. Tambahkan sedikit air asam jawa dan akhir sekali jangan lupa resepi rahsia, masukkan sos tiram.
Ok. Dah boleh biarkan masakan merenih sehingga 10 minit dengan api sederhana sahaja. Bolehlah anda sambil-sambil buat kerja lain pula.
Siap! Silalah menjamu selera. Tambah pula ulam-ulaman yang segar dan sambal belacan! Fuhh...
Semoga bermanfaat!
Artikel berkaitan: Masak nasi telur goreng pun sedap. Air tangan permaisuri kesayangan rakyat ini memang sempoi