BARU-BARU ini, seorang wanita berkongsi kisah meruntun hati apabila suaminya disahkan menghidap kanser walaupun mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak merokok.
Menurut Syarima Ghazali, Allahyarham suaminya telah disahkan menghidap kanser pankreas di mana ia telah merebak ke paru-paru, hati, tulang belakang dan rusuk dalam masa yang teramat singkat.
Susulan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar melakukan pemeriksaan kesihatan bagi menghindari kanser atau mendapatkan merawat sebelum ia merebak lebih pantas.
Kata beliau, arwah hanya demam dan tiada apa-apa simpton.
Artikel berkaitan: Pesakit kanser otak mohon doakan ibu serta anaknya yang kini berdepan dugaan berat
Ini perkongsian Syarima tentang bagaimana arwah suaminya mula disahkan kanser sejak sebulan yang lalu.
ALFATIHAH.
Semoga Syaima dan anak-anak kuat dan tabah menerima ketentuan ini.