Pantai Kuala Langat ditutup… paras air laut paling tinggi dalam 20 tahun

Iklan
Pantai Kuala Langat ditutup… paras air laut paling tinggi dalam 20 tahun

UNTUK makluman, aktiviti rekreasi sepanjang pantai di daerah Kuala Langat akan ditutup kepada umum pada 18 - 20 September, 15-20 Oktober dan 14-17 November 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan dalam Facebook rasminya mengingatkan warga dan pelawat ke kawasan pantai di daerah Kuala Langat supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti pada tarikh yang telah dinyatakan.