“Hanya kongsi video, bukan minta bantuan” - Abang Veveonah pertahan dakwaan adiknya

Iklan
“Hanya kongsi video, bukan minta bantuan” - Abang Veveonah pertahan dakwaan adiknya

ABANG kepada Veveonah Mosibin, Mekvin tampil mempertahankan adiknya berkaitan  dakwaan terpaksa panjat pokok untuk dapatkan capaian internet bagi duduki  peperiksaan dalam talian.

Menerusi catatan di Facebook miliknya, Mekvin menjelaskan adiknya memuat naik  video di YouTube hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman suasana kehidupan di  kampung, kawasan pedalaman yang pencapaian internet sangat sukar.

Iklan
Iklan

Tegasnya, perkongsian adiknya itu hanya kisah hidup sebenar tetapi bukan untuk meminta apa-apa bantuan.

Iklan

Artikel berkaitan: Tiada peperiksaan semasa video tular Veveonah dirakam di atas pokok

Artikel berkaitan: [VIDEO]"Setiap manusia melakukan kesilapan, saya maafkan” – Veveonah Mosibin

Iklan

Sebelum ini, kisah Veveonah tular di media sosial apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mengeluarkan kenyataan bahawa  video yang melibatkan pelajar UMS yang mengambil peperiksaan di dalam hutan itu  palsu.

Beliau mendakwa Veveonah tidak mempunyai sebarang peperiksaan pada hari tersebut dan hanya membuat kandungan untuk video YouTube untuk meraih  populariti.

Bagaimanapun dakwaan itu diselar netizen dan pelbagai pembuktian telah  dikongsikan rakan Veveonah berkenaan peperiksaan tersebut.