SELEPAS 14 tahun bersiaran, program realiti TV popular, Keeping Up With The Kardashian telah ditamatkan.
Berita mengejutkan ini telah dimaklumkan sendiri oleh Kim Kardashian di laman Instagramnya.
Artikel berkaitan: Robert Pattinson positif Covid-19, penggambaran The Batman ditangguhkan
Iklan
Program realiti ini telah mula ditayangkan pada tahun 2007, idea Ryan Seacrest, selaku penerbit eksekutif.
Iklan
Difahamkan, pada bulan April tahun ini, tayangannya menunjukkan jumlah tontonan yang rendah dan merosot di bawah 900k.
Pada puncaknya, 10.5 juta penonton menonton untuk menonton perkahwinan Kim dengan Kris Humphries pada 2011.
Siri ini akan kembali untuk musim 19 pada hari Khamis, 17 September diikuti dengan satu musim terakhir pada tahun 2021.