Robert Pattinson positif Covid-19, penggambaran The Batman ditangguhkan

Untitled design (25)
Untitled design (25)
A
A
A

PELAKON Robert Pattinson yang memegang peranan utama filem adiwira terbaharu 'The Batman' didapati positif Covid-19.

Menurut Vanity Fair, penerbitan filem itu terpaksa dihentikan hanya beberapa hari selepas filem berkenaan menyambung penggambaran di studio di luar London.

Warner Bros dalam satu kenyataan  mengesahkan perkara itu : "Anggota yang terbabit dengan penggambaran Batman terbukti positif Covid-19 dan kini dikuarantin sesuai dengan protokol ditetapkan. Penggambaran ditangguhkan buat sementara waktu."

Biarpun tidak berkongsi maklumat mengenai individu terbabit, namun sumber mengatakan ia adalah bintang utama filem berkenaan.

Proses penggambaran terganggu sejak Mac kerana wabak Covid-19. Warner Bros menjangkakan filem itu dijadual ditayangkan pada Oktober 2021.

Diarahkan oleh Matt Reeves, filem ini dibintangi Pattinson yang memegang watak sebagai Bruce Wayne.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca