MEMILIKI rupa seiras Neelofa membuatkan adik Naura begitu dikenali.
Adik Naura atau nama sebenarnya Che Naura Auni pernah menjadi sebutan ramai sehingakan dia dibawa ke rancangan Meletop bersama Neelofa sendiri.
Terkini, adik Naura yang comel itu tampil menerusi sebuah muzik video parodi nyanyian asal Nabila Razali bersama MK K-Clique berjudul Peluang Kedua.
Video berdurasi 4 minit 53 saat itu kini telah mencecah 505,784 views sejak dilancarkan pada tiga hari lalu.
Artikel berkaitan: Mira Filzah teruskan kerjaya, sedia timang cahaya mata
Ramai yang memuji keletah pelakon cilik itu terutamanya adik Naura yang dilihat begitu santai beraksi.
Reaksi penonton rata-ratanya terhibur dengan parodi tersebut. Lagi membuat netizen tersentuh, aksi sedih di penghujung video tersebut sangat menjadi!
Lakonan adik Naura dan Adam itu mendapat banyak pujian daripada peminat dan antara komen mereka:
Apapun, SinarPlus doakan semoga adik Naura akan menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti.