PERNAHKAH anda 'skip' waktu makan dan rasa perut masuk angin, kerap sendawa dan sering loya?
Jika ya, ia bermakna anda mengalami masalah gastrik. Namun, apa sebenarnya ia dan apa cara hilangkan gastrik?
Ia mungkin berlaku secara tiba-tiba (acute) ataupun dalam jangkamasa yang lama (kronik).
Penyakit ini disebabkan oleh pelbagai punca seperti jangkitan bakteria, penggunaan ubat tahan sakit, pengambilan alkohol dan banyak lagi.
Walaupun penyakit ini boleh diubati dengan kaedah perubatan moden namun terdapat alternatif lain yang boleh diamalkan untuk redakan kesakitan seperti petua yang dikongsikan oleh Elly Aziz ini.
Artikel berkaitan: Masalah angin dalam badan, 6 cara menghadapinya
Boleh amalkan petua ini :
- Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Seeloknya guna telur ayam kampung.
- Amalkan minum dua kali seminggu. InsyaAllah petua ini dapat meredakan penyakit gastrik.
Jom kongsikan kebaikan ini.
Kredit : Elly Aziz via Resepi Ringkas dan Sedap
*Ini hanyalah petua tradisional. Jika berlarutan boleh dapatkan nasihat doktor.