Awas, denda RM1,000 atau penjara jika berbasikal di lebuh raya

Iklan
Awas, denda RM1,000 atau penjara jika berbasikal di lebuh raya

MELALUI laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) @PolisDirajaMalaysia telah memuat naik status berkaitan dengan aktiviti berbasikal yang kini menjadi trend di kalangan masyarakat kita.

Iklan
Iklan

Ini boleh dilihat apabila terdapat segelintir peminat sukan basikal ini yang didapati berbasikal di lebuh raya. Perkara ini jelas mengganggu kelancaran dan mengundang bahaya.

Iklan

Oleh itu, pihak PDRM menasihatkan orang ramai yang kini menjadikan berbasikal sebagai hobi supaya mematuhi arahan larangan berbasikal di lebuh raya.

Iklan

Artikel berkaitan: Basikal berjenama ‘tak selamat’ dah makin panas!

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Jadi korang nak mana? Denda RM1,000, penjara atau kedua-duanya sekali atau ikut arahan pihak PDRM.

#SembangTrafikPDRM

#PolisDirajaMalaysia

#RoyalMalaysiaPolice

#PDRM