KERABU pucuk paku ini sesuai dijadikan lauk sampingan untuk makan tengah hari.
Selain mudah disediakan, ia juga mampu menaikkan selera makan.
Bahan utama kerabu pucuk paku ini adalah pucuk paku yang dicelur digabungkan dengan kelapa yang telah diparut, bawang dan ikan.
Iklan
Sesiapa yang ada rasa-rasa nak ‘eat clean’ bolehlah cuba menu kerabu pucuk paku ini.
Jadi, bolehlah anda mencuba resipi dari SinarPlus ini. Kos penyediaan tidak mahal dan yang paling penting pasti membuka selera.
Iklan
Bahan-bahannya:
- Pucuk paku dicelur/rebus seketika
- Kelapa parut
- Bawang Merah dihiris
- Perahan Limau nipis/kasturi sikit
- Isi ikan sardin direbus
Artikel berkaitan: Cendol luar biasa, gabungan 3 jenis gula melaka
Cara-caranya:
- Goreng/sangai kelapa dan bawang merah (tanpa minyak)
- Masukkan pucuk puku
- Secubit garam dan gula
- Masukkan perahan limau
- Masukkan isi ikan yang dicarik-carik
Semoga bermanfaat!