GULAI lemak atau masak lemak boleh dikatakan semua negeri ada hanya yang membezakannya adalah resipi masakan.
Ada yang manis, ada yang pekat dan ada juga yang ditambah dengan buahan atau sayuran sebagai penambah rasa.
Kali ini Sinar Plus kongsikan resipi masak lemak ikan keli salai bersama sayur asin dan kuini muda.
Sebut sahaja salai, mestilah menu yang paling popular di Negeri Sembilan.
Iklan
Kebanyakkan masak lemak nogori ini memang ikan, daging atau ayamnya akan disalai duhulu, barula dibuat masak lemak cili padi.
Bahan-bahannya:
Iklan
- Ikan keli salai / jenis ikan yang lain
- Kuini muda di cincang-cincang (tak perlu masukkan asam keping)*
- Sayur asin (sawi jeruk)
- Kelapa 1 biji 1/ 2 (lemak sikit)
- Cili api ( segenggam )
- Kunyit hidup
Artikel berkaitan: Kerabu pucuk paku menu kampung sedap, mesti cuba
Cara memasak:
- Bersihkan ikan salai.
- Tumbuk kunyit hidup dengan cili api. Tumbuk bersama garam kasar.
- Perah kelapa, jangan terlalu cair.
- Didihkan santan bersama cili dan kunyit hancur.
- Dah mendidih masukkan ikan. Ikan dimasukkan selepas didih sebab ikan sebenarnya sudah masak disalai, juga untuk mengelakkan ikan hancur.
- Kemudian masukkan sayur asin dan kuini muda.
*Boleh juga ditukar kepada bacang, belimbing buluh atau nanas.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat.