Kerabu pucuk paku menu kampung sedap, mesti cuba

Kerabu pucuk paku menu kampung sedap, mesti cuba
September 21, 2020
Oleh Faezah Muda

KERABU pucuk paku ini sesuai dijadikan lauk sampingan untuk makan tengah hari.

Selain mudah disediakan, ia juga mampu menaikkan selera makan.

Bahan utama kerabu pucuk paku ini adalah pucuk paku yang dicelur digabungkan dengan kelapa yang telah diparut, bawang dan ikan.

Bahan tambahan lain seperti ikan bilis, udang kering, ikan masin atau sebagainya kebiasaannya akan ditambah untuk menyedapkan lagi menu masakan.

Sesiapa yang ada rasa-rasa nak ‘eat clean’ bolehlah cuba menu kerabu pucuk paku ini.

Iklan

Jadi, bolehlah anda mencuba resipi dari SinarPlus ini. Kos penyediaan tidak mahal dan yang paling penting pasti membuka selera.

Bahan-bahannya:

Iklan
  • Pucuk paku dicelur/rebus seketika
  • Kelapa parut
  • Bawang Merah dihiris
  • Perahan Limau nipis/kasturi sikit
  • Isi ikan sardin direbus

Artikel berkaitan: Cendol luar biasa, gabungan 3 jenis gula melaka

Cara-caranya:

  1. Goreng/sangai kelapa dan bawang merah (tanpa minyak)
  2. Masukkan pucuk puku
  3. Secubit garam dan gula
  4. Masukkan perahan limau
  5. Masukkan isi ikan yang dicarik-carik

Semoga bermanfaat!