TINDAKAN spontan seorang gadis bertudung coklat melindungi seorang nenek daripada terkena matahari dengan menggunakan fail ketika beratur di luar sebuah bank semalam mendapat pujian warganet pelbagai kaum di media sosial.
Foto tersebut dimuat naik oleh Privitha Maimaran iaitu cucu kepada nenek tersebut.
Rata-rata warganet memuji sikap murni dan prihatin gadis itu yang tampil berbuat baik tanpa mengira agama serta bangsa selain mendoakan Rina sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.
Iklan
Bantu-membantu sesama insan kan amalan murni.
Sama-sama kita menjadi insan berhati mulia ya!
Iklan
Artikel berkaitan: Kadang-kadang dapat RM7 : Pengalaman Alina Hassan busking tepi jalan
Antara komen warganet: