Mula mengecapi populariti pada tahun 1996 selepas bergelar juara program Sinaran Passport Kegemilangan. Namun gelaran juara itu bukanlah penentu kejayaan selamanya pemilik nama Alina Hassan. Hidupnya kini melalui fasa sukar.

Untuk meneruskan kehidupan Alina mengakui pernah melakukan pelbagai pekerjaan.

“Saya pernah kerja sebagai pengawal keselamatan, bekerja di taska, jadi tukang cuci, pengasuh kanak-kanak, basuh baju dan sebagainya. Sehinggalah saya dapat ilham untuk buat busking macam sekarang.

“Saya ternampak ada kawan-kawan yang busking secara dalam talian dan letak nombor akaun bank. Saya terfikir kenapa tidak saya cuba busking juga. Jadi dari situlah bermulanya saya busking di sini,” ujar Alina yang kini busking di Danau Kota, Setapak.

Setelah mencuba nasib sebagai penyanyi di kaki lima, Alina mengakui pelbagai pengalaman dialami.

Iklan

“Kadang-kadang saya pernah dapat hanya RM7. Ketika nasib baik pernah dapat hingga RM300. Saya akur dengan rezeki. Kita tak boleh jangka dan tak tahu siapa yang terbuka hati mereka untuk beri sumbangan,” katanya positif.

Ikuti perjalanan hidup penyanyi Alina Hassan: Dari pentas besar ke kaki lima…

Iklan