Malu orang bujang kalau agar-agar oreo 4 bahan ini tak pandai buat

Iklan
Malu orang bujang kalau agar-agar oreo 4 bahan ini tak pandai buat

SEDANG mencari menu pencuci mulut yang sedap dan ringkas?

Menu yang senang ini khas juga untuk orang bujang.

Iklan
Iklan

Eh buat malu lah kalau yang simple macam ni pun tak pandai buat.

Mari cuba buat sendiri agar-agar oreo ini. Hanya guna empat bahan je.

Iklan

Sedap sangat tau! Biasa gabungan susu dan oreo ini digemari ramai tak kira tua dan muda.

Ayuh! Cuba...

Iklan

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus agar-agar tali
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 2 peket biskut oreo

Artikel berkaitan: Selain wangi, ayam masak halia ini boleh naikkan selera anak

Cara-cara buat:

1. Masukkan 1200ml air ke dalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga larut.

2. Selepas agar-agar larut, masukkan susu cair dan susu pekat.

3. Kacau selama 5 minit. Biarkan mendidih dan tutup api.

4. Sementara itu, susun biskut orea dalam loyang dan tuangkan adunan agar-agar tadi.

5. Tunggu sejuk sekejap dan masukkan dalam peti sejuk.

6. Setelah sejuk, bolehlah dipotong ikut citarasa.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Sumber: Dapur Pakcu