Selain wangi, ayam masak halia ini boleh naikkan selera anak

Selain wangi, ayam masak halia ini boleh naikkan selera anak
Selain wangi, ayam masak halia ini boleh naikkan selera anak
A
A
A

MENU ayam masak halia ini paling mudah dan sedap disediakan.

Jika ada anak kecil lagilah sangat sesuai menu ini kerana ia tidak pedas.

Ramuannya yang menggunakan halia memberi haruman yang wangi serta membangkitkan selera.

Sebenarnya, ada dua versi resipi masakan halia ini.

Ada yang ayamnya goreng terlebih dahulu dan versi dimasak terus seperti SinarPlus nak kongsikan ini.

Ayuh cuba!

Bahan-bahannya:

  • 2 sudu besar minyak masak
  • 500 gram isi dada ayam, dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar, dihiris nipis
  • 10 cm halia muda, dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 keping asam keping/gelugor
  • 2 tangkai cili merah, dihiris nipis
  • 100 gram daun bawang dihiris (hiasan)
  • Garam secukup rasa

Artikel berkaitan: Boleh cuba kelainan masak lemak ikan keli salai dengan kuini muda ini

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak dan tunggu sehingga panas.

2.Kemudian tumis bawang besar, halia dan bawang putih hingga naik bau.

3. Selepas itu goreng ayam sehingga warna kekuningan dan garing

4. Tambahkan sos tiram, garam secukup rasa dan masukkan asam keping/gelugor

4. Biarkan hingga kuah nampak pekat atau sehingga sekata dan ayam telah masak elok. Tambah cili.

5. Sesudah masak, taburkan daun bawang. Siap.

* Jika mahu sedikit kuah, boleh tambah setengah cawan air.

Hidangkan bersama nasi panas! Selamat menjamu selera!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca