Dr Sheikh Muszafar kongsi detik cemas bayi dalam perut tak bergerak

Iklan
Dr Sheikh Muszafar kongsi detik cemas bayi dalam perut tak bergerak

MENERUSI satu posting yang dimuat naik di laman Instagram milik angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi video isterinya, Datin Dr Halina yang sedang melakukan scan untuk mencari degupan jantung bayi kembar yang sedang dikandung isterinya.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, mereka melalui satu pengalaman yang cukup traumatik malam tadi apabila bayi kembar dalam kandungan tidak bergerak selepas berlaku satu kejadian yang tidak diingini.

Iklan
Iklan

Isterinya hanya mendiamkan diri sepanjang masa dan hanya memberitahu saya salah seorang kembar di dalam perutnya tidak bergerak atau menendang sudah lebih dua jam.

Iklan

Tambah Dr Sheikh Muszaphar, dia berasa tidak sedap hati memandangkan kembar di dalam perut sangat aktif pada waktu malam terutamanya kembar perempuan.

Iklan

Artikel berkaitan: ‘The best picture in Malaysia 2020’- Warganet terharu gadis lindung nenek pakai fail

Oleh kerana tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi, mereka terus ke bahagian kecemasan pada pukul 1 pagi.

Kata beliau, setelah dilakukan Ultrasound Scan, degupan jantung kedua bayinya kembali berdegup.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan kepada semua ibu yang sedang mengandung di luar sana supaya tidak mengambil mudah dalam apa jua keadaan yang berlaku.

Ikut firasat dan rasa anda kerana seorang ibu lebih mengetahui. Pastikan anak dalam kandungan sentiasa menendang, sekurang-kurangnya 10 kali dalam sejam.

Katanya, jangan tangguh untuk ke hospital. Setiap saat sangat getir. Setiap ibu mengandung perlu ada pengetahuan tentang anak yang dikandung dalam apa juga keadaan.