TINDAKAN spontan seorang gadis bertudung coklat melindungi seorang nenek daripada terkena matahari dengan menggunakan fail ketika beratur di luar sebuah bank semalam mendapat pujian warganet pelbagai kaum di media sosial.

Foto tersebut dimuat naik oleh Privitha Maimaran iaitu cucu kepada nenek tersebut.

Memetik sebuah portal tempatan, gadis berkenaan yang dikenali sebagai Rina, dia berasa gembira dapat melindungi nenek tersebut kerana cuaca terlalu panas ketika itu apatah lagi perlu menunggu lama di luar bank.

Rata-rata warganet memuji sikap murni dan prihatin gadis itu yang tampil berbuat baik tanpa mengira agama serta bangsa selain mendoakan Rina sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Bantu-membantu sesama insan kan amalan murni.

Sama-sama kita menjadi insan berhati mulia ya!

Artikel berkaitan: Kadang-kadang dapat RM7 : Pengalaman Alina Hassan busking tepi jalan

Iklan

Antara komen warganet:

Iklan

'The best picture in Malaysia 2020'- Warganet terharu gadis lindung nenek pakai fail

'The best picture in Malaysia 2020'- Warganet terharu gadis lindung nenek pakai fail