[VIDEO] Terpesona dengar pakcik ini berbahasa Inggeris dengan baik jual roti

Iklan
[VIDEO] Terpesona dengar pakcik ini berbahasa Inggeris dengan baik jual roti

MENGGUNAKAN tutur kata yang sopan ketika berbicara akan memberikan kebahagian buat yang mendengar, betul kan?

Tidak kisahlah apa topik untuk berbicara, lagi manis disertakan senyuman yang mempesona.

Iklan
Iklan

Begitulah yang boleh digambarkan kepada tutur kata seorang pakcik yang menjual roti dalam sebuah video yang dikongsikan oleh Aisya J semalam menerusi laman Twitter miliknya.

Iklan

Lagi terpesona apabila mendengar bicaranya yang sangat baik dalam bahasa Inggeris!

Artikel berkaitan: ‘The best picture in Malaysia 2020’- Warganet terharu gadis lindung nenek pakai fail

Iklan

Mesti bukan calang-calang orangnya ni kan?

Tambah lagi sweet, pakcik berkenaan tidak jemu memuji roti yang dibuat sendiri oleh isterinya itu. Beruntungnya isteri pakcik!

Sifat ramah pakcik itu juga turut diakui warganet lain dan ramai memuji kelembutan roti yang dijual.

Semoga pakcik dan isteri sentiasa dimurahkan rezeki ya.

Korang yang lalu di situ, bolehlah singgah menikmati roti yang dijual nanti.