Gambar tular tidak sahih, McDonald's tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

Iklan
Gambar tular tidak sahih, McDonald's tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

PADA minggu lalu kecoh di laman Twitter apabila seorang pelayar memuat naik sekeping foto ayam goreng yang baru dibelinya dipenuhi ulat.

Perkongsian tersebut menjadi tular sehingga ramai netizen turut meluahkan rasa geli terhadap restoran makanan segera itu.

Iklan
Iklan

Katanya, dia menyesal membuat dakwaan bahawa McDonald’s Malaysia menyajikan produk Ayam Goreng McD yang telah tamat tempoh untuk dimakan, kotor, busuk, penuh berulat, tidak selamat dan merbahaya kepada kesihatan pelanggan-pelanggannya.

Iklan

Dia turut mengakui bahawa kenyataannya itu telah dibuat secara melulu dan tanpa usul periksa.

Pada hakikatnya, Ayam Goreng McD yang dia paparkan dalam ciapan Twitter tersebut telah dibeli dan disimpan di rumahnya beberapa hari sebelum itu.

Iklan

Oleh itu, ia telah terdedah kepada suhu persekitaran yang mengakibatkan makanan tersebut menjadi tercemar.

Dia juga sedar bahawa kenyataannya tersebut telah mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan reputasi serta perniagaan McDonald’s Malaysia.

Sehubungan itu, semalam dalam satu kenyataan, McDonald's Malaysia telah memberi respon berkaitan perkara yang tular di media sosial itu.

Tulis artikel tersebut seperti berikut: McDonald's Malaysia merujuk kepada artikel dan komen yang kini meluas di media sosial mengenai netizen yang membuat dakwaan palsu mengenai makanan McDonald's Malaysia.

Artikel berkaitan: Lokasi ‘panas’ Covid-19 termasuk KLCC tidak dikesan dalam Hotsport tracker, ini penjelasan MySejahtera

Pada hari ini di mana setiap individu mempunyai suara dan platform di media sosial, kami meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan kandungan yang dikongsi di media sosial supaya tidak menjejaskan reputasi mana-mana pihak berdasarkan tuntutan yang tidak berasas dan tidak disahkan.

Lebih penting lagi, ketakutan dan kebimbangan yang tidak perlu disebarkan di kalangan netizen.

Suara orang ramai kuat, dan suara kita secara kolektif sebagai komuniti mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi dan mencetuskan perbualan.

Oleh itu, marilah kita bersatu dan menggunakan suara kita dengan lebih bertanggungjawab sebagai sebuah komuniti.

McDonald's Malaysia sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk semua pelanggan di seluruh negara.

McDonald's Malaysia menggesa pelanggan dan orang ramai pada umumnya untuk merujuk kepada saluran syarikat yang rasmi ketika meminta penjelasan mengenai sebarang perkara pada masa depan.

McDonald's Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuk tindakan undang-undang, terhadap mereka yang cuba merosakkan jenama dan reputasi McDonald's Malaysia.