Lokasi ‘panas’ Covid-19 termasuk KLCC tidak dikesan dalam Hotsport tracker, ini penjelasan MySejahtera

Lokasi ‘panas’ Covid-19 termasuk KLCC tidak dikesan dalam Hotsport tracker, ini penjelasan MySejahtera
Lokasi ‘panas’ Covid-19 termasuk KLCC tidak dikesan dalam Hotsport tracker, ini penjelasan MySejahtera
A
A
A

BARU-BARU ini media sosial dan juga whatsapp kumpulan heboh dengan perkongsian berkenaan beberapa lokasi tumpuan utama pusat membeli belah kini dilabel sebagai kawasan hotspot Covid-19.

Orang ramai kini bimbang dan ada juga yang masih berteka-teki akan status sebenar kawasan tersebut kerana ia tidak dikesan oleh Hotspot Tracker MySejahtera.

MySejahtera menjelaskan lokasi yang dianggap sebagai hotspot Covid-19 di Hotspot Tracker adalah berdasarkan siasatan terperinci oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setelah mengesahkan punca jangkitan atau kebolehjangkitan.

MySejahtera berkata demikian dalam kenyataan sebagai respons kepada kebimbangan yang dikongsi warganet di media sosial hari ini bahawa Hotsport Tracker menyatakan tiada kes Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas dalam lingkungan 1km dari kawasan yang kes Covid-19 telah dilaporkan.

Orang ramai bimbang dengan laporan bahawa NuSentral Mall, Gateway Mall, Sunway Pyramid Mall dan Suria KLCC telah melaporkan kes positif Covid-19 tetapi ia tidak dikesan dalam Hotspot Tracker.

MySejahtera berkata kesemua pusat beli-belah berkenaan bukan punca jangkitan mahupun potensi penyebaran virus Covid-19.

"Penghargaan harus diberikan kepada tindakan proaktif pusat beli-belah berkenaan kerana menjalankan kerja pembersihan serta disinfeksi kerana ia adalah sebahagian daripada tindakan kawalan dan pencegahan KKM.

"Kami ingin menyampaikan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menggunakan pelbagai fungsi aplikasi MySejahtera dan ternyata masyarakat cakna dengan perkembangan kes Covid-19 di sekitar mereka.

“Kami juga ingin menasihatkan orang ramai agar berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya agar tidak menimbulkan panik dalam masyarakat," menurut kenyataan itu.

MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu menguruskan pandemik Covid-19 di negara ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca