SEJAK beberapa hari ini tular satu artikel berkaitan ‘Di mana guru selepas waktu sekolah?’ yang ditulis oleh individu bernama Izyan Qistina Qusairi.
Artikel itu menjurus pandangannya terhadap perilaku pelajar sekolah yang dilihat tidak langsung mengamalkan penjarakan fizikal dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) selepas melepasi pintu pagar sekolah yang dianggap tidak wajar.
Bertanyakan pada warga pendidik mengenai keadaan pelajar selepas waktu sekolah dianggap sebagai agak keterlaluan.
Rata-rata pendidik amat terkesan dengan artikel tersebut dan ia bagaikan ledakan bom daripada golongan berkenaan.
Seperti ramai maklum, tugas guru jika mahu disenaraikan amatlah banyak bermula sebelum fajar menyingsing sehinggalah waktu tamat sekolah.
Turut terasa terpalit, seorang guru pendalaman, Cikgu MK Izudin atau nama sebenarnya Mohd Khairul Izzuddin Shaari tampil berkongsi tugasnya selama bergelar cikgu.
Katanya;
Tulisan Cikgu MK Izudin ini disertakan dengan beberapa keping gambar yang menyentuh perasaan warganet.
Cikgu MK Izudin sekarang ada guru Matematik di SK Kuala Geris, Dabong, Kelantan dan pernah mengajar di SK Long Palai, Ulu Sarawak selama tujuh tahun sebelum ini.
Artikel berkaitan: Persoal dan mempertikai guru tidak memantau pelajar selepas waktu sekolah tidak wajar – NUTP
Selain itu, ramai warga Twitter yang turut memberikan kata-kata semangat kepada Cikgu MK Izudin dan semua guru secara amnya.
Kata mereka, Sungguh mulia kerjaya seorang guru... Mudah-mudahan Allah rahmati semua insan yang bergelar guru.
Paling rare ini: Ticer-ticer.. Tolong betulkan tudung saye.. Ticer.. Ticer ada anak? Ticer kenapa ticer ada misai? Ticer saya tak ada duit nak makan.. Ticer saya tak pandai solat jumaat sebab tak ada ayah.. Ticer bunyi udang tu macam mana?
Semoga terus ikhlas dalam perjuangan anak bangsa. Semoga rezeki melimpah ruah dan sentiasa lapang dada.
Jadi kalian, mari sama-sama doakan yang baik-baik untuk guru-guru. Guru antara tugas termulia.