TIADA siapa yang tahu sampai bila nyawa ini akan dipanggil Ilahi.
Namun yang pasti, setiap muslim yang hidup menginginkan pengakhiran yang baik, dalam husnul khatimah..
Ya, siapa yang tidak inginkan meninggal dunia dalam keadaan terbaik dan mendapat kemuliaan Allah SWT kan?
Pagi ini, media sosial dihujani tentang kematian terindah seorang muazin yang meninggal ketika melaungkan azan.
Menurutnya, selang kemudian terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.
Katanya, setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.
Artikel berkaitan: "Ma dah boleh ambil wuduk dalam bilik sendiri dah. Alhamdulillah”- Pemuda tangguh beli kereta
Apa yang mengejutkan, hari ini hari ketiga beliau melaungkan azan subuh di surau itu.
Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh;
"Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti".
Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.
Sementara itu, menurut seorang penghuni, dia turut terkejut dengan kejadian itu.
Kredit : AJK Surau Ar-Rayan