UUM tangguh kemasukan penuntut dari Sabah dan zon merah negeri lain

Iklan
UUM tangguh kemasukan penuntut dari Sabah dan zon merah negeri lain

JULAI lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memaklumkan semua universiti dibuka untuk pengajian pada Oktober 2020.

Namun, berikutan peningkatan kembali kes pandemik Covid-19 di Sabah dan beberapa negeri zon merah, Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa memutuskan penangguhan kemasukan pelajarnya.

Iklan
Iklan

Penangguhan kemasukan pelajar dari Sabah ke kampus universiti itu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali berkata selain bimbang risiko keselamatan pelajar, ia juga selaras dengan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi dan mesyuarat terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Universiti semalam," katanya.

Iklan

Kata beliau, tempoh notis berkenaan tertakluk kepada sebarang perubahan atau pekeliling pengurusan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Iklan

Artikel berkenaan: 28,000 pekerja Disney bakal diberhentikan, tanggung rugi puluhan juta

Kelmarin, UUM memaklumkan sesi pendaftaran kemasukan pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda sesi 2020/2021 secara bersemuka di universiti itu ditangguhkan.

Hendrik berkata lagi, pendaftaran yang dijadualkan pada 5 dan 6 Oktober ini ditangguhkan kepada 23 dan 24 Oktober 2020, manakala program Minggu Suai Kenal bermula 7 sehingga 8 Oktober berlangsung secara dalam talian.