28,000 pekerja Disney bakal diberhentikan, tanggung rugi puluhan juta

Disney Amerika Syarikat.
Disney Amerika Syarikat.
A
A
A

BANYAK industri yang terkesan dan mengalami kerugian yang tinggi akibat pandemik Covid-19 yang kini melanda seluruh dunia.

Turut tidak terkecuali, syarikat gergasi Walt Disney Co yang sinonim dengan membawakan keriangan buat orang ramai juga terjejas teruk.

Apa yang lebih menyedihkan, Disney dilaporkan bakal memberhentikan kira-kira 28,000 pekerja yang kebanyakannya di taman tema di Amerika Syarikat.

Disney dalam satu kenyataan berkata, pemberhentian tersebut adalah susulan ketidaktentuan tempoh pandemik itu akan berlarutan sehingga memaksa jumlah pengunjung dihadkan di semua taman tema mereka.

Taman teman tersebut yang dibuka semula baru-baru ini mengehadkan kira-kira 30 peratus daripada kapasiti pengunjung yang biasa diterima sebelum ini.

Pemberhentian itu akan melibatkan pekerja domestik dan 67 peratus daripada jumlah berkenaan bakal ditawarkan kembali untuk bekerja secara sambilan.

Setakat ini, taman tema di Shanghai, Hong Kong, Tokyo dan Paris tidak terkesan dengan pengumuman tersebut.

Minggu lalu, taman tema Disney di Hong Kong dibuka semula buat kali kedua selepas mencatatkan peningkatan kes baharu mendadak di negara itu.

Untuk rekod, semua taman tema Disney sudah dibuka semula kecuali di California.

Disney juga pernah dilaporkan mengalami kerugian sehingga AS$4.7 bilion (RM19.54 bilion) dalam tempoh tiga bulan sehingga 27 Jun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca