Ayam masak Bali viral dan sangat digilai

Iklan
09Ayam masak Bali viral dan sangat digilai

RESIPI ayam masak Bali hampir serupa dengan ayam masak merah.

Namun ayam masak Bali menggunakan lebih banyak serai dan daun kari.

Iklan
Iklan

Rasanya yang sangat berbeza dengan menu-menu lain akan membuatkan korang tidak bosan menikmatinya.

Selain dihidangkan semasa kenduri, ayam masak Bali juga boleh dihidangkan bersama nasi putih atau lemang.

Iklan

Confirm keluarga korang akan suka kepada ayam masak Bali ini kerana ia sangat lazat.

Jom kita buat ayam masak Bali ikut resipi asal daripada ibu anak lima yang comel ini, Aisha Syukor. Resipi inilah yang pernah viral dan digilai bagi siapa yang dah mencubanya.

Iklan

Artikel berkaitan: Kari telur simple dan sedap bersama ubi kentang

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam digoreng +garam kunyit
  • *1 genggam cili kering
  • * 6 biji bawang besar
  • * 1 labu bawang putih
  • * 1 inci halia
  • * sedikit belacan (sebesar 1/2 ibu jari)
  • 8 batang serai dititik
  • 6 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil garam
  • Kicap lemak dan manis secukupnya

Kisar semua bahan bertanda *

Cara-cara:

1) Panaskan minyak goreng ayam tadi, goreng serai hingga warna separa coklat

2) Masuk daun kari dan goreng hingga garing.

3) Masuk bahan kisar dan tumis kesemuanya hingga wangi dan garing

4) Masuk gula, garam, sos cili, kicap. Kicap tu masukkan sikit-sikit sampai dapat warna cantik merah maroon. Boleh juga nak campur kicap kipas udang masin dan manis.

5) Masuk ayam, gaul sebati dan masak lagi 10 minit.

Siap! Semoga bermanfaat.

Sumber: Aisha Shukor