JIKA datang mood malas, mulalah mencari resipi yang paling senang nak dimasakkan?

Kari telur atau gulai telur sangat enak dimakan dengan sambal belacan dan nasi panas-panas.

Selain dengan nasi putih rupanya kari telur sedap dinikmati dengan roti jala.

Seperti resipi kari telur yang dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail di laman Facebooknya.

Dia membuat kari telur makan cicah dengan roti jala untuk anak-anak.

Untuk lebih menarik, kari telur dicampur dengan ubi kentang.  Hidangan ini patut korang cuba. Kanak-kanak semestinya suka hidangan ini.

Bahan-bahan :

  • 7 biji telur rebus
  • Bawang merah, bawang putih dan halia (ditumbuk)
  • Daun kari
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
  • 2 paket kecik rempah kari daging tambah 2 sudu besar kerisik, bancuh dengan sedikit air jadikan pes
  • Ubi kentang 4 biji belah 4
  • Cili padi (optional)
  • Asam keping 1
  • Santan

Artikel berkaitan: Ramuan nasi lemuni, bagus buat wanita dalam pantang

Iklan

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan empat sekawan dan daun kari sampai naik bau.
2. Lepas itu masukkan pes kari dan kerisik tadi.
3. Masak sampai pecah minyak. Kacau sekali sekala takut rempah berketul.
4. Bila sudah betul-betul pecah minyak masukkan sedikit air (ikut banyak mana kuah kita inginkan) dan ubi kentang. Masak sampai ubi kentang empuk.
5. Kemudian masukkan asam keping, cili padi dan santan sedikit.
6. Masukkan telur dan perasakan dengan garam dan ajinamoto sedikit.
7. Bila rasa semua sudah okay boleh tutup api.

Iklan

Siap! Boleh dihidangkan untuk insan tersayang. Semoga bermanfaat.

Sumber dan foto: Ana Mariana Ismail