SETELAH mendapat kecaman hebat daripada peminat, penyanyi antarabangsa, Rihanna akhirnya tampil meminta maaf kepada semua umat Islam.
Ini berikutan penggunaan lagu remix /fashion trap yang mengambil petikan hadis sebagai muzik latar pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya baru-baru ini.
Rihanna memohon maaf melalui catatan panjang di Instastorynya semalam.
Menerusi postingnya, Rihanna mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana menegur kecuaiannya.
Iklan
Artikel berkaitan: ‘Lama dia tunggu…’ – Nabila Huda keguguran kali kedua
Iklan
Penyanyi yang terkenal dengan lagu"Umbrella" itu juga akan memastikan agar insiden sebegini tidak akan berlaku lagi di masa mendatang.