“Bantu ambil gambar kahwin pengantin bukan kerana kasihan”

Iklan
“Bantu ambil gambar kahwin pengantin bukan kerana kasihan”

NIAT hanya mahu mengambil gambar sekadar suka-suka, tak disangka tular di laman sosial apabila seorang jurugambar menawarkan bantuan kepada pasangan pengantin apabila melihat mereka sedang menangkap gambar kahwin menggunakan telefon bimbit.

Jadi secara spontan, terpanggil untuk membantu, jurugambar yang dikenali sebagai Ahmad Uzair @uzairilationn atau pun Jai ini menawarkan perkhidmatan beliau secara percuma kepada pasangan itu.

Iklan
Iklan

Namun ada warganet yang telah salah faham dengan keadaan itu menyebabkan wujud perasaan kurang senang daripada beberapa pihak termasuk pihak Ahmad Uzair dan pihak pengantin itu sendiri.

Ahmad Uzair tampil menceritakan perkara sebenar seperti mana penjelasannya melalui laman Facebook semalam.

Iklan

Tulisnya;

Pada hari Jumaat 25/9/2020, saya bersama rakan saya pergi ke Taman Tasik Taiping kerana ada sesi 'wedding photoshoot' bersama sepasang pengantin selepas solat Jumaat pada hari tersebut.

Iklan

Semasa berjalan-jalan di taman untuk mencari subjek, saya ternampak sepasang pengantin yang lain sedang berada di kawasan yang sama.

Pada masa itu saya berfikir seperti ini"wahh cantik ni dapat talent pengantin…" sebab asalnya saya ingin mencari talent atau model yang biasa saja, tapi terjumpa pengantin pula.

Pada masa itu pula saya terlihat mereka hanya menangkap gambar menggunakan smartphone. Jadi pada masa itu saya seperti"pucuk dicita ulam mendatang.."

Kerana pada asalnya saya hanya ingin meminta untuk mereka jadi talent saya untuk sekejap, jadi alang-alang tu saya cuba la menawarkan kepada mereka untuk tangkap gambar wedding mereka terus.

Artikel berkaitan: Ingat mesti pakai mask bila keluar, jangan sampai kena sebat, pesan Datuk Lee Chong Wei

Pada awalnya mereka agak berat untuk terima, namun setelah saya cuba pujuk akhirnya mereka pun terima untuk saya ambilkan gambar wedding mereka.

Jadi di sini tiada istilah saya offer mereka sebab saya rasa sedih seperti yang dinyatakan dalam tajuk artikel sebuah portal.

Jadi saya tegaskan di sini, saya meminta untuk mengambil gambar mereka adalah kerana memang tujuan saya pada petang itu untuk membuat random shoot dan mencari talent secara spontan.

Dan andainya pada masa tu saya tak berjumpa dengan pasangan pengantin ni, mungkin saya akan shoot orang lain sebagai talent saya.

Boleh lihat dalam laman instagram saya, saya ada post gambar-gambar talent spontan yang saya tarik kalau terjumpa.

Katanya, dia berharap penerangannya ini jelas dan dapat memahamkan setiap yang membacanya.

Ahmad Uzair turut memohon maaf di atas salah faham yang wujud berikutan penularan video tersebut kerana ramai yang salah faham berfikir saya minta untuk shoot pasangan tersebut kerana rasa sedih dan kasihan.