SEBELUM ini pernah heboh di media sosial berkenaan seorang usahawan wanita dihalau daripada sebuah restoran asam pedas popular di Melaka ketika sedang membuat ‘live’ di facebook.
Selain itu, beberapa hari lalu juga tular sebuah video lelaki biadab simbah milo ais pada jurutol.
Kali ini lain pula ceritanya apabila seorang lelaki disimbah air sirap ketika sedang asyik membuat live di sebuah kedai makan.
Menurut laporan portal tempatan, mangsa yang disimbah air sirap itu dikenali sebagai EEIN atau Dato Seri Muhammad Solihin iaitu seorang founder produk kosmetik dan makanan kesihatan.
Video yang dimuat naik pengguna Twitter @JarkAbdul itu menjadi tular sejak semalam dan telah dikongsi lebih 5000 pengguna media sosial yang lain.
Hari ini pula, pengguna Twitter @JarkAbdul turut memuat naik sebuah video penjelasan daripada bro yang mencurah air sirap tersebut.
Artikel berkaitan: Lelaki kongsi adab makan keluarga ‘Ayah Long’, apa kata wanita?
Katanya, mangsa telah bercakap terlalu kuat hinggakan menggangu orang lain. Dia juga dikatakan menggunakan kata-kata yang tidak elok semasa live tersebut.
Namun, dalam live terbaru daripada lelaki yang menjadi mangsa disimbah air sirap tersebut telah memohon maaf berkenaan perkara terbabit dan mengakui kesilapannya.
Kejadian berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyentuh kepada adab kedua-dua pihak.
Apa pun kita harapkan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan elok.
Semoga menjadi pengajaran buat kita semua untuk saling menghormati antara satu sama lain.