MASYARAKAT kita mempunyai adat dan peraturan yang tersendiri serta berbeza-beza.

Begitu juga dengan perkongsian pengguna Twitter @wanyusri16 yang berkongsi peraturan makan di rumah Ayah Long.

Melalui perkongsian tersebut, adab makan rumah Ayah Long akan disukai lelaki kerana air basuh tangan disediakan, lelaki makan dahulu manakala wanita akan standby jika ada yang tidak cukup.

Selain itu, katanya, air basuh tangan kena ada ketika menjamu makanan dan apabila selesai makan, lelaki tak dibenarkan angkat pinggan ke sinki atau cuci.

Ternyata perkongsian berkenaan sangat menarik perhatian warganet sehingga menimbulkan perdebatan hangat antara kaum lelaki dan perempuan.

Kata mereka;

Nampak macam mendikriminasikan wanita kan? Tapi ini la adat orang dulu-dulu.

Kepada yang cakap ni diskriminasi wanita, fikirkan balik. Ini adat orang dulu-dulu. Dulu perempuan yang dah berkahwin, ramai tak akan sambung kerja mereka terus jadi suri rumah (depends gaji suami). Jadi sebab kasihan melihat suami kerja keras, jadi isteri
cuba meringankan beban suami.

Sebenarnya cantik adab ni. Family sebelah abah saya pun macam tu lar. Dulu-dulu tak apa, anak-anak keluar bermain dengan kawan, rumah tak kena kemas 4, 5 kali. Sekarang, dah berbeza. Peranan suami dalam bantu kerja rumah pun penting.

Ni memang adat. Masa arwah nenek masih ada, memang macam ni. Seingat saya part lelaki makan dulu tu memang ya. Kalau perempuan makan kemudian dah memang la kena kemas sekali. Sekarang tak ada lagi dalam family macam ni.

Artikel berkaitan: “Ya Allah permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor Setar”

Orang dulu si isteri suri rumah sepenuh masa, si suami bekerja. Jadi bolehlah isteri layan lelaki
makan.Kalau sekarang si isteri kerja juga, semua dia nak buat, pengsan la. Suami goyang kaki je.

Tak payah la pakai adat adat ni. Mengarut, dah makan basuh sendiri. Tolong apa yang patut, kalau still nak macam ni lebih baik kahwin dengan maid.

Itu rumah ayah long dia, bukan rumah ayah long kiter. So… berlapang dada lah kiter.

Ni adat dulu-dulu.. beliau hanya share and tak semestinya perlu diikut. Setiap orang pandangan
berbeza. Orang zaman dulu cara hormat suami isteri lain. Cara orang sekarang lain.. zaman berubah ikut arus

Jadi, apa pun pendapat antara kita, teruskanlah budaya dan adab keluarga masing-masing. Yang penting rumah tangga kekal harmoni hingga ke jannah.

Iklan

Iklan