Aishah hilang 31kg berat badan selepas pintasan usus

Iklan
aishah

SIRI 2

PENYANYI legenda, Wan Aishah Wan Ariffin, 55, atau Aishah memberitahu, keputusan menjalani prosedur bariatrik diambil usai pulang bercuti dari Eropah Timur pada dua tahun lalu.

Iklan
Iklan

Ketika itu, beliau terpaksa menanggung kesakitan melampau dan hilang keseimbangan pergerakan kerana terlalu banyak berjalan ke sana dan ke mari.

Iklan

Justeru, enggan membiarkan kesakitan lutut kronik berpanjangan, beliau terlebih dulu menjalani pembuangan xantelasma pada bahagian mata sebanyak tiga kali.

[caption id="attachment_23334" width="1024"] CONTOH Xanthelasma iaitu enapan kolesterol berwarna kuning-kekuningan yang kerap berlaku atas kelopak mata. Gambar hiasan: healthline.com[/caption]

Iklan

Xantelasma adalah merujuk pada enapan kolesterol atau plak pengumpulan deposit lipid berwarna kuning-kekuningan yang kerap berlaku atas kelopak mata.

Ibu kepada dua cahaya mata berkenaan melakukan pembedahan pintasan usus yang berlangsung selama hampir dua jam.

Artikel berkaitan: Potong usus: Ini jawapan pakar bariatrik untuk cantik atau sihat

Berkat kesungguhan dan disiplin mengikut pelan diet pascapembedahan yang disusun pakar pemakanan, Aishah kehilangan 7.7 kilogram (kg) dalam tempoh dua minggu sahaja.

"Kini selepas setahun setengah, saya telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 31kg dan berbaki 10kg sahaja lagi untuk mencapai misi.

"Alhamdullilah, selain gastrik, masalah kolesterol, obesiti dan sakit sendi lutut kronik beransur pulih. Saya tidak pernah menyesal, malah rasa berbaloi menjalani prosedur ini (bariatrik)," ujarnya teruja.

Sementara itu, ditebak soalan adakah beliau sengaja memilih prosedur bariatrik untuk tampak cantik dalam tempoh singkat? Pelantun lagu Camar Yang Pulang itu lantas berkata:

Aishah berkata, kini beliau perlu belajar mengawal nafsu makan. Jika sebelum ini, beliau kerap menikmati dua pinggan nasi, tetapi kini menyuap dua sudu makanan ruji terbabit sudah membuatnya kenyang.

"Ya, diakui dua minggu awal, saya amalkan diet cecair diikuti puri dan bubur, seterusnya makanan pejal. Selepas dua bulan, pengurangan berat badan akan mendatar. Justeru, di peringkat inilah individu perlu komited susun corak pemakanan ideal," ujarnya.

Kepada mereka yang ingin melakukan pembedahan bariatrik, Aishah menitipkan pesanan: