Ingatkan 'orang aircond' rupanya papa... Sebak tak tertahan pelukan tiga anak

Iklan
Ingatkan 'orang aircond' rupanya papa... Sebak tak tertahan pelukan tiga anak

BERBULAN-BULAN berpisah dengan yang tersayang semestinya menyimpan rindu yang menggunung.

Iklan
Iklan

Tujuh bulan berjauhan! Ia bukanlah satu tempoh yang mudah untuk dilalui mereka.

Difahamkan, bapa ini, Mohd Azaruddin Tukari bekerja di Singapura.

Iklan

Menerusi perkongsian Massoezailin Saleh, dia dan suami membuat satu rancangan kejutan untuk tiga anaknya menyamar sebagai 'orang aircond'.

Melalui video yang dikongsikan, suami yang menyamar itu memakai topeng, namun anak-anaknya tetap ada instinct berasakan bahawa lelaki tersebut adalah bapa mereka.

Iklan

Artikel berkaitan: Berkat gantung poster cari jodoh tepi jalan, Aziro kini bergelar suami

Setelah salah seorang daripada anak mereka menghulurkan segelas air, lelaki tersebut membuka topeng untuk minum.

Ketika itulah, baru mereka tersedar yang lelaki 'orang aircond' itu adalah betul-betul papa mereka.

Momen yang tersentuh dan pastinya akan mengalirkan air mata sesiapa yang menonton tatkala ketika anak-anak ini terus berlari memeluk bapa mereka dengan erat melepaskan rindu yang tersimpan setelah sekian lama.

Kata Massoezailin, tujuh bulan terpisah satu tempoh yang mereka tidak pernah jangka.

Dia turut doakan kepada sesiapa sahaja yang terpisah kerana virus ini, Allah akan satukan semua dengan segera.