Berkat gantung poster cari jodoh tepi jalan, Aziro kini bergelar suami

A
A
A

MASIH ingat tak tular di media sosial foto iklan mencari jodoh yang ditampal di tepi jalan suatu ketika dulu?

Kalau tak ingat, ini posternya.

Berkat gantung poster cari jodoh tepi jalan, Aziro kini bergelar suami

Alhamdulillah, kini usaha lelaki yang berasal dari Terengganu, Nooraziro Abdullah, 35 atau lebih dikenali sebagai Aziro berhasil apabila dia selamat bergelar suami setelah menemui pasangan yang sepadan dengannya.

Menerusi muat naik di laman sosial Gegar, beberapa gambar Aziro yang segak berbaju pengantin bersama isterinya ketika upacara membatalkan air sembahyang telah tular dipercayai pada Jumaat lalu.

Aziro telah selamat bergelar suami kepada kekasih pilihan hati dikenali sebagai Suhaibah atau Ibah, 33, berasal dari Kuantan.

Artikel berkaitan: Pak Lah Cecupak mohon doa, sokongan kewangan untuk tanggung kos perubatan 

Memetik laporan portal tempatan pada Jun lalu, Aziro yang bekerja sebagai tukang rumah itu berkata selepas membuat iklan tersebut, dia berkawan baik dengan lima gadis sekali gus.

Menurutnya, tetapi hanya seorang daripadanya yang mempunyai keserasian dengannya iaitu Ibah.

Berkat gantung poster cari jodoh tepi jalan, Aziro kini bergelar suami

Menjengah ke laman Facebook milik Ibah, dia bersyukur sudah bergelar isteri kepada Aziro.

"Alhamdulillah... Akhirnya aku bergelar sebagai isteri Aziro. Misi mencari cinta Aziro berakhir sudah. Terima kasih semua yang datang meriahkan majlis perkahwinan kami berdua," tulisnya semalam.

Sehubungan dengan perkongsian gambar-gambar tersebut, ramai yang menitipkan ucapan tahniah di atas pernikahan pasangan pengantin itu.

Rata-rata mereka mendoakan agar Aziro dan Ibah kekal bahagia hingga ke Jannah.

SinarPlus ucapkan selamat pengantin baharu buat Aziro dan Ibah... semoga kekal ke Jannah, InsyaAllah.

Jadi, pada yang belum bertemu jodoh, mungkin boleh gunakan kaedah ini pula untuk mencari pasangan hidup.

Foto Facebook Cahaya Shieybah Crs

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca