Badan mudah kena sakit, elak 5 tabiat remeh ini

Iklan
Badan mudah kena sakit, elak 5 tabiat remeh ini

KEADAAN tubuh badan yang mudah sakit tentu sekali mengganggu pelbagai aktiviti harian.

Iklan
Iklan

Salah satunya adalah dengan mengubah tabiat remeh yang menjadikan tubuh mudah jatuh sakit.

Menurut portal eat this, ini adalah perkara-perkara yang dapat membuat badan seseorang cepat sakit;

Iklan

1. Stres

Tekanan boleh melemahkan sistem imun. Ketika stres, otak meningkatkan pengeluaran hormon stres kortisol, yang dapat merosakkan sel T (komponen dalam darah yang melawan jangkitan).

Iklan

Menurut American Cancer Society, orang yang mengalami tekanan lebih cenderung terkena selesema biasa.

2. Selalu minum alkohol

Alkohol yang masuk ke dalam badan akan berubah menjadi Asetaldehid (racun kuat).

Acetaldehyde dapat menghalang paru-paru untuk membuang mikroba dari tubuh dan mengurangkan kemampuan sel darah putih untuk membunuh bakteria dan virus.

Artikel berkaitan: [VIDEO]Cara mudah nak cuci bekas plastik berminyak

5. Kurang tidur

Semasa kita tidur, badan melakukan beberapa proses untuk memperbaiki dan mengecas semula badan.

Salah satunya adalah memastikan sistem ketahanan badan terjaga.

Semasa tidur, tubuh menghasilkan protein inflamasi yang disebut sitokin, berfungsi mengisi semula pelbagai sel dan antibodi yang melawan penyakit.

Sekiranya anda tidak cukup tidur, itu boleh menjadi sebab anda dapat demam dan selesema.

Oleh itu, sama-sama kita ubah tabiat yang tanpa sedar ini boleh buatkan kita cepat jatuh sakit.

Nikmat sihat tak boleh dibeli guys!