[VIDEO]Cara mudah nak cuci bekas plastik berminyak

[VIDEO]Cara mudah nak cuci bekas plastik berminyak
[VIDEO]Cara mudah nak cuci bekas plastik berminyak
A
A
A

BEKAS plastik yang berminyak agak renyah untuk dibersihkan.

Kadang-kadang dah sental beberapa kali pun masih belum hilang lagi kesan minyaknya.

Apa kata kita buat cara lelaki ini yang menunjukkan cara mudah dan berkesan untuk membersihkan kotoran yang melekat pada bekas plastik.

Menerusi video tutorial yang dikongsi pengguna Twitter @ajezzzzzzz itu, hanya perlukan sabun cecair basuh pinggan, air dan tisu untuk menanggalkan kesan kotoran

berminyak. Mudah betul!

Katanya dia mendapat tahu tentang kaedah ini menerusi aplikasi TikTok.

"Tisu tu memang function. Tak payah sental dah lepas goncang," jelasnya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 17,400 retweet dengan 17,300 tanda likes di Twitter.

Artikel berkaitan: Beruntung penjawat awam Pulau Pinang, dapat RM1,000 bonus bantuan khas

Pesannya juga untuk kaum lelaki, sekali-sekala tolong la mak atau isteri korang basuh pinggan dekat dapur.

"Paling malas pun, sila basuh cawan dan pinggan sendiri selepas makan k," pesannya.

Rata-rata warganet berasa kagum dan ada yang terus mencuba dan semestinya berkesan!

Kata mereka;

I just try it myself. Bekas kuah kacang. Bersih gila weh flushed face minyak apa semua wipe off gitu tanpa paksaan menyental.

Ni kalau mak aku nampak ni dia suruh cuci balikkkkkk!!!

Kat tengah tengah video aku fikir je, jangan la dia buang. Fuh betul betul bersih. Info terpaling berguna abad ini.

Festime aku satisfied tengok tutorial ni, selalu duk nampak letak detergent pastu terus masuk tong sampah.

Aku tak expect ending dia akan bersih sebab selalu tengok orang buat macam ni ending dia, dia buang je bekas tu.

OMG thank you very muchhh sangat bergunaaaaa!!!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca