Sharifah Zarina dan anak mengamuk, ini kejadian sebenar

Iklan
Sharifah Zarina dan anak mengamuk, ini kejadian sebenar

BEBERAPA hari lalu Sharifah Zarina dan anaknya, Athalia Deena Buswani menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa bengang kerana tidak puas hati dengan layanan diberikan oleh sebuah restoran.

Menerusi video dikongsikan, Sharifah Zarina mempersoalkan profesionalisme kakitangan restoran yang terletak di Petaling Jaya itu.

Iklan
Iklan

Difahamkan, Zarina dan ahli keluarga ke restoran tersebut kerana mahu menyambut majlis hari lahir Athalia.

Namun semalam Sharifah Zarina tampil menjelaskan kejadian yang sebenar berlaku ketika itu.

Iklan

Katanya, dia dan dan Athalia mengambil langkah untuk memadamkan video tersebut kerana ingin menjelaskan cerita sebenar dengan lebih detail lagi.

Iklan

Artikel berkaitan: "Mama doa anakku selamat dan sentiasa dilindungi Allah SWT,” – Normala Samsudin

Semalam, portal tempatan melaporkan sebaik Sharifah Zarina dan anaknya tiba di sebuah restoran, pelayan memberitahu mereka hanya ada 15 minit untuk membuat pesanan kerana premis tersebut akan ditutup untuk sebuah majlis.

Sharifah Zarina naik bengang dan mempertikaikan kenapa tidak dimaklumkan awal lalu menimbulkan kemarahan mereka berdua.

Dalam pada itu, susulan video tersebut tular di media sosial, pemilik restoran berkenaan tampil memberi penjelasan mendakwa apa yang dikatakan oleh Zarina adalah fitnah memandangkan notis penutupan awal sudah dimaklumkan.

Apa pun SinarPlus berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.