BERIKUTAN bilangan kes baharu jangkitan Covid-19 semakin meningkat di negara kita, kerajaan terpaksa melakukan kembali PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bermula 12.01 malam ini.

SinarPlus percaya semua doktor dan kakitangan kesihatan ketika ini bertungkus-lumus dengan tugasan merawat serta memutuskan rangkaian pandemik ini.

Tidak terkecuali dengan anak kepada ikon pengacara tanah air, Normala Samsudin yang turut berkhidmat untuk rakyat dalam wabak yang semakin menular ini.

Normala turut menitip doa buat anakanda tercinta di Instagram miliknya.

“Mama doa anakku selamat dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Bersabar dan bertabahlah dengan dugaan ini. Lakukanlah tugas dengan penuh dedikasi, ia jihad yang Allah saja membalasnya.

“Doaku juga untuk semua frontliners dan petugas-petugas keselamatan dan kesihatan, moga mereka kuat semangat, stabil minda dan kami akan duduk rumah untuk sama-sama menurunkan kadar penularan ini.

“Ya Allah, lindungilah kami, maafkanlah kami,” doanya.

Iklan

Artikel berkaitan: Empat cawangan usahasama Bubblebee, ditutup sementara

Sementara itu, warganet turut memberikan kata semangat untuk ibu dan anak itu.

Iklan

Kata mereka;

Semoga dipermudahkan segala urusan… Semoga diberi kekuatan dalam menjalankan tugas.

Amiin ya muhaimin ya hafidz… Allah sebaik-baik pelindung. Lindungilah mereka ya Allah.

Inshallah semoga Covid-19 akan hilang dan selamatkan semua frontliners. Aamiin YRA. Kita jaga kita.

Aamiin. Semoga Dr Ruhila dan semua frontliners dilindungi Allah.

Semoga anakndanya sentiasa di bawah lindungan Allah SWT

Aamiiin. Kami juga doakan moga semuanya dipermudahkan.