Dr Zulkifli sembuh Covid-19, fokus bantuan kawasan PKPB

Iklan
Dr Zulkifli sembuh Covid-19, fokus bantuan kawasan PKPB

ALHAMDULILLAH! Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini telah dibenarkan keluar dari hospital.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh beliau di laman Facebook hari ini.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.

"Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

Iklan

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات

"Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.”

Iklan

Beliau berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkannya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Artikel berkaitan: "Kepada Allah saya berserah dan memohon pertolongan” – Dr Zulkifli Mohamad

Menurutnya, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja.

Beliau turut mendoakan semoga rakyat Malaysia yang menghidap Covid-19, segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta.