“Kepada Allah saya berserah dan memohon pertolongan” - Dr Zulkifli Mohamad

TIADA siapa mampu menidakkan kenyataan yang mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini turut dilaporkan positif jangkitan Covid-19.
TIADA siapa mampu menidakkan kenyataan yang mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini turut dilaporkan positif jangkitan Covid-19.
A
A
A

TIADA siapa mampu menidakkan kenyataan yang mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kini turut dilaporkan positif jangkitan Covid-19.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh beliau di laman Facebook hari ini.

"Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik," tulisnya.

Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.

Melalui posting tersebut, beliau juga memohon maaf kepada orang ramai dan bantuan yang kini sedang berlangsung yang melibatkan maha siswa tetap akan diteruskan.

“Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.

“Insya-Allah, bantuan Mus’adah Khas Siswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya.

“Program-program Musa’adah Covid-19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia.

“Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini. Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa.

“Pandemik Covid-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang menghidap Covid-19 termasuk diri saya. Saya sayang anda semua.

“Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada,” tulisnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca