Bintang WWE John Cena kahwini Shay Shariatzadeh senyap-senyap

Iklan
Bintang WWE John Cena kahwini Shay Shariatzadeh senyap-senyap

BINTANG WWE dan pelakon, John Cena mengahwini kekasihnya Shay Shariatzadeh dalam upacara tertutup di Tampa, Florida pada 12 Oktober lalu di Tampa, Florida, Amerika Syarikat.

Menurut laporan portal tempatan, perkahwinan rahsia itu mula dihidu apabila bekas ahli gusti itu menulis ciapan di Twitternya sehari selepas berkahwin.

Iklan
Iklan

Pada awal tahun lalu, muncul spekulasi yang mengatakan dia sudah bertunang dengan wanita yang berkerjaya sebagai jurutera itu.

Iklan

Artikel berkaitan: Disifatkan ‘barang yang rosak’, Drew Barrymore bangkit dari kegagalan

Spekulasi itu timbul selepas tersebarnya gambar John bersama Shay dan kelihatan, sebentuk cincin di jari wanita itu.

Iklan

Kedua-dua mereka mula berkenalan tahun lalu, tidak sampai setahun selepas John berpisah dengan bekas tunangnya, Nikki Bella.

Pasangan itu juga kemudian muncul di karpet merah bersama-sama di tayangan perdana"Playing With Fire" pada bulan Oktober 2019.