Disifatkan ‘barang yang rosak’, Drew Barrymore bangkit dari kegagalan

A
A
A

PELAKON Drew Barrymore mendedahkan dia pernah disenarai hitam dalam industri Hollywood ketika usianya 12 tahun sehingga menyebabkan mengalami kemurungan yang melampau.

Menurut Drew dalam satu wawancara bersama Hollywoodlife, setelah melonjak dan menjadi bintang terkenal pada usia 4 tahun, Drew Barrymore dilabel sebagai 'barang yang rosak' sebelum dia mencecah remaja.

Bagaimanapun Drew bangkit dalam dunia kegelapannya dan kembali mewarnai dunia hiburan pada usia 17 tahun.

"Pengalaman awal di Hollywood menyebabkan saya 'disenarai hitam' setelah terlibat dengan ketagihan kokain dan ganja pada usia 12 tahun.

"Saya tidak tahu bagaimana saya berakhir di sini tetapi saya tidak akan pernah lupa betapa beruntungnya saya,” katanya yang kini tampil dengan sebuah program bual bicara sendiri, The Drew Barrymore Show.

Tambah Drew, 45, pengalaman lalu membuatkan dia lebih menghargai peluang kerja yang datang.

"Saya rasa tidak banyak yang perlu disembunyikan ketika ini sebab itu saya menghargai setiap pekerjaan yang lakukan.

"Saya rasa sangat bertuah kerana mendapat peluang itu," ujarnya.

DREW BARRYMOREGambar kanan : Drew ketika membintangi filem ET, pada usia 4 tahun.
Gambar kiri : Drew 'menemu bual dirinya' yang ketika itu berusia 7 tahun, sebagai simbolik pelancaran program The Drew Barrymore Show.

Mengimbas kembali detik gelap sebelum mengambil keputusan untuk membunuh diri pada usia 14 tahun, Drew berkata, sebaik terbaca mengenai dirinya yang disifatkan barang rosak, dia merasakan dirinya seperti gadis pesta dan berasa sangat kecewa.

Namun dia berasa bersyukur dan bertuah kerana tindakan pantas ibunya Jaid Barrymore , 74, membawa ke pusat pemulihan telah menyelamatkan hidupnya.

Tidak lama kemudian, iaitu pada usia 17 tahun, Drew kembali bangkit dengan membintangi beberapa filem seperti  Poison Ivy, Never Been Kissed dan  The Wedding Singer .

Program baharu

Dalam pada itu, berkongsi mengenai program baharunya, The Drew Barrymore Show, Drew berkata, walaupun teruja dengan program itu, namun terselit rasa bimbang.

Jelasnya, dia berasa takut seandainya selebriti lain tidak sudi hadir ke programnya, biarpun dia dikenali di Hollywood.

"Saya rasa sangat teruja dan dihormati andai ada yang sudi datang ke program ini. Saya orang yang bertimbang rasa.

"Walaupun saya sudah berada lama dalam industri ini, saya masih teruja untuk berada di samping mereka yang hebat," katanya yang pernah menjemput Charlize Theron, Tyra Banks Cameron Diaz dan Lucy Liu sebagai tetamu program itu.

drewReunion... Cameron dan Lucy antara tetamu yang pernah hadir dalam program The Drew Barrymore Show.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca